Nota Ringkas Hukum Tajwid

Nota Ringkas Hukum Tajwid merupakan rujukan mudah kepada pengguna iPad, tab atau mana-mana gajet elektronik yang kesuntukan masa mentelaah buku. Melalui pendekataan eBook pengguna dapat mengakses Nota Ringkas ini dimana sahaja anda berada melalui gajet elektonik anda.




Nota Ringkasan Hukum Tajwid ini dilengkapi dengan takrifan SIFAT HURUF dan penjelasan ringkas setiap hukum. Pengguna boleh merujuk kepada gambarajah yang disediakan jika masih kurang faham.



Selain itu cara bacaan yang perlu dipraktikkan atas sesuatu hukum juga ditunjukkan melalui KAEDAH BACAAN dan HARAKAT. Harakat adalah kaedah mengira panjangnya sesuatu bacaan melalui kiraan detik. Kebiasaanya bilangan harakat adalah dari 1 hingga 6. Warna merah akan ditunjukkan jika perlunya dipanjangkan bacaan pada hukum tersebut, dan warna kelabu akan dipaparkan jika tiada keperluan untuk dipanjangkan bacaan pada hukum tersebut.
 
Kod : EB 03
Bilangan mukasurat : 40 m/s