Nota Ringkas Hukum Tajwid

Nota Ringkas Hukum Tajwid merupakan rujukan mudah kepada pengguna iPad, tab atau mana-mana gajet elektronik yang kesuntukan masa mentelaah buku. Melalui pendekataan eBook pengguna dapat mengakses Nota Ringkas ini dimana sahaja anda berada melalui gajet elektonik anda.




Nota Ringkasan Hukum Tajwid ini dilengkapi dengan takrifan SIFAT HURUF dan penjelasan ringkas setiap hukum. Pengguna boleh merujuk kepada gambarajah yang disediakan jika masih kurang faham.



Selain itu cara bacaan yang perlu dipraktikkan atas sesuatu hukum juga ditunjukkan melalui KAEDAH BACAAN dan HARAKAT. Harakat adalah kaedah mengira panjangnya sesuatu bacaan melalui kiraan detik. Kebiasaanya bilangan harakat adalah dari 1 hingga 6. Warna merah akan ditunjukkan jika perlunya dipanjangkan bacaan pada hukum tersebut, dan warna kelabu akan dipaparkan jika tiada keperluan untuk dipanjangkan bacaan pada hukum tersebut.
 
Kod : EB 03
Bilangan mukasurat : 40 m/s

E-Book Latihan Menulis Jawi


E-Book Latihan Menulis Jawi adalah buku latihan ringkas menulis huruf jawi. Anak-anak di latih mengulang tulisan sebagai latihan ringan mengukuhkan pemahaman asas bentuk jawi.

 
E-Book ini di hadirkan dengan warna asal buku tulis yang digunakan di sekolah-sekolah rendah.


Kod : BL 01
(Download)
Bilangan mukasurat : 11 m/s
 

E-Book Mari Menulis Jawi


E-Book Mari Menulis Jawi adalah teks latihan permulaan mengajar anak-anak menulis huruf jawi. Latihan asas pertama adalah latihan ringan tanpa perlu mereka mengulang tulisan sebanyak mungkin yang boleh mengundang rasa bosan. Cukup sekadar mengenal bagaimana huruf di bentuk.

 
E-Book Mari Menulis Jawi juga menyediakan ruangan ‘SKOR SAYA’ bagi memberi ibu bapa meletakkan penghargaan kepada anak atas usaha yang telah dilakukan. Terpulang kepada kreativiti anda bagaimana untuk membangkitkan semangat anak-anak supaya rajin berusaha. 

 
E-Book ini juga di serikan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik dan ringkas.
 

Kod : BL 02
(Download)
Bilangan mukasurat : 40 m/s

E-Book Mari Belajar Nombor (Jawi)

E-Book Mari Belajar Nombor (Jawi), merupakan modul pembelajaran ringkas untuk kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun. E-Book ini memperkenalkan nombor  jawi asas yang biasa di gunakan di dalam pembelajaran jawi, bahasa Arab, Iqra dan Al-Quran.

 
E-Book Mari Belajar Nombor (Jawi) lengkap dengan panduan ejaan huruf rumi untuk sebutan yang betul dan tersusun.
 
Juga dilengkapi  grafik yang menarik dan kemas bagi menarik minat anak-anak belajar dengan seronok.


Kod : EB 02
(Download)
Bilangan mukasurat : 11 m/s

E-Book Mari Belajar Jawi

Merupakan E-Book  sulung sebagai modul pembelajaran ringkas untuk kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun. E-Book ini memperkenalkan huruf-huruf  jawi asas yang biasa di gunakan di dalam pembelajaran jawi, bahasa Arab, Iqra dan Al-Quran.


E-Book Mari Belajar Jawi lengkap dengan panduan huruf rumi untuk sebutan makhraj yang betul dan tersusun.

Juga dilengkapi  grafik yang menarik dan kemas bagi menarik minat anak-anak belajar dengan seronok.


Kod : EB 01
Bilangan mukasurat : 36 m/s